ready?

welcome onboard,

the journey so far...

Sunday, October 04, 2009

hari jadi saya

selamatkah hari-hari untuk menjadi saya?
lucu soalannya.

saya terlalu banyak bertanya,
pada masa silam ingin sekali saya dengar dia bersuara,
kerana mahu tahu mungkin saya bisa merubah peristiwa cinta mereka.

saban tahun saya diajak berpesta,
tanggal ampat oktober selalunya tinggalkan saya bersendirian,
rasa bersalah kerana bukan saya yang patut diucap tahniah dan diberi hadiah.

terbayang gadis mulus tak sampai setahun dua mengenal remaja,
takut dan sakit, gementar seluruh badannya, lesu untuk bersuara, kali pertama ke medan jihad dia, entah lagi berjumpa atau tenang dalam syahidnya.

dialah yang patutnya saya anjurkan pesta,
melahirkan zuriat, meneruskan syahadat, pemberi cinta, semangat dan kudratnya saya,
selamatnya hari jadi saya kerana dia dan Dia.

3 comments:

Fahmi Yusoff said...

mendalam maksudnya.. selamat hari lahir!

husni said...

sebenarnya agak tulus maksud di sebalik "harijadi saya". cuma bila ia bersifat peribadi, sengaja saya kaburkan sesekali agar ia lebih relevan pada pembaca.

ayin said...

tidak terlewat selamt hari jadi buat en husni.semoga berjaya dlm projek kebun mimpi
:P