ready?

welcome onboard,

the journey so far...

Thursday, November 30, 2006

ada sebab



1986, sekolah kebangsaan wan abdul samad, pokok sena, kedah :

satu hari tu cikgu zauwiyah tanyakan kelas, "murid2 besar besok nak jadi apa?"

. hilman jawab kuat2, " nak jadi askar! "
.
basiron tak mau kalah, laju membalas, " saya nak jadi komunis cikgu! "

. " kamu tahu ke apa kerja komunis tu? ", cikgu zauwiyah tanya sambil tahan gelak.

. " abis tu kalau dia jadi askar takde komunis apa dia nak buat? ", basiron confident je jawab sambil mengelap hingus di hujung kolar. ( hingus dia tak pernah kering sejak kita orang dari darjah satu lagi-1982 )

. pastu ada sorang kawan ni jawab perlahan tapi tetap kedengaran..." saya nak jadi penoreh getah, cikgu! "

. satu kelas ketawa, tapi akulah yg gelak paling deraih...bangga sebab tadi aku jawab aku nak jadi geologist, sapa pun tak tau apa kerja geologist tu..termasuk la aku ( jumpa kat ensiklopedia waktu rehat tadi, bunyi macam terror )

. " kenapa kamu nak jadi penoreh getah? ", cikgu zauwiyah tanya lagi.

. sambil teragak-agak dia menjawab, hampir berbisik, " ermm, s, sa, saya kesian kat abah, saya tak mau dia kerja teruk2 nak bagi saya pi sekolah, kalau saya ganti, abah boleh la pi buat kuih kat kedai mak jah sanggui, tak teruk sangat kerja dia" air mata dia dah bergenang, sebab malu kena gelak kan satu kelas tadi.

aku jadi malu alih2, budak yang semua orang ingat lembap tu rupa2nya jauh lebih dewasa dari kami semua. aku dah tak ingat nama dia...tapi aku nak ucap terima kasih. semoga di mana dia berada, hatinya masih bersih macam dulu2, semoga hidup abah dia lebih senang dari yang terbayang.

aku ingat sangat cerita ni sebab sejak hari tu, aku nekad ingin jadi orang yang lebih baik dan berhati mulia macam dia. mohon aku dijauhkan dari hati busuk dan dengki sesama. i left that year feeling humbled, and i'm glad to know what humble is at such young age. mohon juga diri ini di ingat kan selalu.

15 comments:

Anonymous said...

hah! baru update..after such a long hiatus.
awak memang seorang budak yang baik, sedara husni..definitely..with a caring heart to boot.

Nef

aiz said...

humble????? what? humble?????? cocky kotttttttt.....

husni said...

nef,
yg kurang tu dari saya, yg elok tu dari DIA

aiz,
cocky kena bertempat...kekadang orang salah paham

Anonymous said...

if only i have that boy's heart... too bad i'm all wasted...

husni said...

kheiril,
never too late..everyone have that little boy's heart deep inside. just gotta find it

zaza said...

i remember that question in school. i answered that i wanted to become a 'mata mata' (like Nancy Drew) and everyone in my class including the teacher laughed.

but back to the boy who wanted to be a penoreh getah - it just shows it doesn't matter what you become when you grow up coz whether you're a producer, designer, flight attendant, pilot, it's what you're able to contribute to your family, friends and society.

husni said...

zaza,
so true!! and i was like experiencing being humble for the first time. i'm not humble, far from being nice..but atleast i'm trying

Anonymous said...

Husni,
Terharu i baca cerita tuh. Kadang2, bila tengok anak2 sekarang, rasa risau dan sedih coz kebanyakkan tak rasa hidup susah mcm zaman dulu2. Payah depa nie nak appreciate apa yg ader depan mata. I really hope, ur classmate tuh, ngan abah dia sekeluarga sekarang hidup dalam keadaan yg jauh lebih baik.

husni said...

nina,
insyaallah...tuhan tolong org2 yg percaya kan Dia. hidup senang tak bermaksud lagi byk duit, hidup lebih senang to me adalah hidup yang aman tenteram. takde org kacau, takde org benci, org selalu sayang, orang selalu jaga dan puji

Anonymous said...

husni,
agreed, kalau banyak duit, asyik jadi target robbery attempts jer buat aper ye tak? biarlah hidup sederhana but tenang selalu.
people say.. money can't buy everything... very true... especially the "F" words.. hehehe... FAMILY AND FRIENDS.... :)

aiskrem_potong said...

thanks for sharing that story bro..

when i was that age (darjah 5 kan?), i remember being angry at my dad because he refused to bring me to the royal london circus (masa tu first time ada show kat ipoh). malunya bila i compare myself with your friend..

Ross said...

Husni...so tersentuh dgn cerita kawan hang nak jadi cikgu pepagi ngadap anak murid..halal rezeki ooo....

husni said...

ross,
kita buat baik jgn harap org balas...tuhan tau, nanti dia yg balas kan

aiz said...

kecik kecik dulu kita nak jadi orang yg selalu berpakaian cantik, bermake up, kerja dia pergi "function" je, jumpa orang ramai. i guess when you look at my job from a different angle, allah gave me what i wanted.... syukur...

cuma kadang kadang its not a "function" or someboby's not functioning, equipments are less than not functioning......

Anonymous said...

Dulu masa zaman Fauziah latiff still ada nama kat carta muzik2...

cikgu kelas saya tanya

" ridhuwan awk nak jadi apa ??? ...

saya nak jadi DOKTOR !!! jawap saya dengan keihklasan tapi kosong

but selepas 23 tahun hidup....RIDHUWAN masih blum jadi seorang doktor !!!
tiada satu pun buku medical yg saya mahu beli...

baru sedar saya mmg loya tyk darah...pernah kene marah dengan abah sebab pegang ayam yg nak kene sembelih macam org x-bertangan !!!

kita cabar diri
kita cuba jadi orang lain
kita cuba korban kan diri
utk satu kesenangan....!!!

namun siapa ridhuwan sekarang ???

akhirnya kita sedar....MASA akn mengubah !!!
TAKDIR yg akn membawa....

Namun apa yg kekal IMPIAN

yeap....Ridhuwan sudah jadi PELUKIS ..!!

dan utk satu impian itu...

MAK ...ABAH , maafkan saya kerna x-mampu jadi doktor - !!

( hey kan bagus kalo dulu saya jawab nak jadi pelukis )