ready?

welcome onboard,

the journey so far...

Tuesday, February 14, 2006

mimpi dia bukannya kita


kerdip bosan, jelajahi bintang
pergi tak bersambut, pulang lagi bertepuk
...pun kita tunggu jua
kekadang lewat senja, langit pula bersorak
mata tak lagi hiba


indahnya mimpi dia
yang hidupnya kita
menjengah juga kadang kala
...bukannya kita lupa
bukan juga kita alpa
jauh sekali kita terlena

kita menari sekadar irama
(..harap-harap lagunya tak panjang mana)
sebab kita sedar langkah kita...
makin sumbang, makin bongkak sesekala
bukannya apa, kita cuma tak mau
tersembah, terjatuh, terluka

kita tahu,
kita pun bukannya lupa..

35,000' south china sea
1153 utc 20th dec 04

6 comments:

aiz said...

the sad thing about me being a malay is that i find the language difficult..

aiz said...

but ohhh.... ia sangat menarik pabila ku baca kuat kuat seorang diri..

suhaimi sulaiman said...

Love the view

Anonymous said...

cantik la sunset

husni said...

julia,
thank u for visiting, that was sunset over bali,we were next to mount agung.very panoramic,sayang tak sempat to snap more..kena kerja :-)

Anonymous said...

Masih ada ruang utk jadi sebahagian mimpi ini ????

Jatuh kerna langkah sumbang
tak mengapa
biar luka
jadi tanda
biar sakit jadi rasa
utk kekal dilihat mata
utk padu di hati

nanti bila kita sambut suria besok
kita ingat larik kaki mana di hadapan


sombong di hati kerna mahu mulia
jalan yg mana ...biarlah

dan kelupaaan itu yg diingat pasti masih subur
jangan lupa
jangan lupa

teka teki hidup itu susah
jadi mudahkan

senang !!!