ready?

welcome onboard,

the journey so far...

Saturday, October 10, 2009

aku pe..



Kata, lahkan..aku



penangkap awan, pembahagi gelombang

pengisah silam, penjerat ilham

pengutip lara, pengendong mimpi

pewaris dendam, pengejar suria

penyamun usia, perindu syurga

pekebun cinta, pemangku senja

peraih rindu, pengintai seni

ya, aku boleh saja.

Wednesday, October 07, 2009

W. H. Auden: stop all the clocks, cut off the telephone *interpretation by mnh

hentikan lah waktu, matikan saja talian itu
pujuk anjing itu, nah,tulang enak ni..jangan biar dia terus menyalak
senyapkan piano perlahankan genderang
keluarkan keranda, biar peratap kesedihan tahu dan datang

biar pesawat berlegar sedih di udara
menulis di langit `dia telah tiada'
pakaikan sutera di leher putih merpati semua
penjaga simpang, sarungkan dia dengan kapas hitam tangannya

dialah utaraku, selatanku, timurku jua baratnya
minggu-minggu kerjaku dan ahad rehatku
purnamaku, tengah malamku, bicaraku, lagu nyanyianku
ku kira cinta akan kekal selama :  aku yang salah

bintang semua pun tak mahu lagi: padamkanlah satu persatu
balutlah si purnama rungkaikanlah sang suria
tuangkan segala lautan samudera dan sapu saja belantara
kerana sekarang tiada apa-apa yang mungkin bisa jadi sempurna

Tuesday, October 06, 2009

private sms

9:47 Morning sunshine

9:50 Say it isn't so

9:53 garreth gates :-P

9:59 :-P

9:49 If u say so. I'll be ur noon, dusk and dawn, as long as i trail u along.

9:52 To which one, my moon my star o' my sun?

9:58 I dun hv any Garreth manning my gates, i left it open last i check, Garreth might return so are Kerry and Kate, what do i do? I offer'em kuih bangkit! :-* gud 2 c u

Monday, October 05, 2009

somewhere at just before your heart






 ~ASK
~JUST

 So no dark can reach  your heart

~ASK

~LISTEN
So the truth can teach  your heart

~ASK

~SLEEP
So the love can stitch  your heart

aku manis katanya







 dari mula hadirnya senja
aku dah agak dan biasa rasa
menanti bintang menari memikat cahaya
disergah kadang limpahan purnama
pun aku duduk di situ sahaja
jasad di udara jiwa degil tak mendengar kata
12
1
2
3
4
5
...sampai cerah aku tunggu meneman langit malam itu


Sunday, October 04, 2009

anak raja, hamba sahaja

aku putera pencinta cinta

(lihatlah aku lagak)


tak ku takut badai seribu laut setinggi kejora

(dengarkan sorak membelah)


aku mati bila cuma cinta mati

(titipkan basah kucupan dan sayu doa)

hari jadi saya

selamatkah hari-hari untuk menjadi saya?
lucu soalannya.

saya terlalu banyak bertanya,
pada masa silam ingin sekali saya dengar dia bersuara,
kerana mahu tahu mungkin saya bisa merubah peristiwa cinta mereka.

saban tahun saya diajak berpesta,
tanggal ampat oktober selalunya tinggalkan saya bersendirian,
rasa bersalah kerana bukan saya yang patut diucap tahniah dan diberi hadiah.

terbayang gadis mulus tak sampai setahun dua mengenal remaja,
takut dan sakit, gementar seluruh badannya, lesu untuk bersuara, kali pertama ke medan jihad dia, entah lagi berjumpa atau tenang dalam syahidnya.

dialah yang patutnya saya anjurkan pesta,
melahirkan zuriat, meneruskan syahadat, pemberi cinta, semangat dan kudratnya saya,
selamatnya hari jadi saya kerana dia dan Dia.